PENJELASAN : Kisah Sebenar Lelaki Ini Solat Dengan Gaya Bersilat Yang Perlu Anda Tahu (VIDEO)


Video seorang lelaki mengerjakan solat dengan langkah yang berlainan (seperti bersilat) tersebar di media sosial. Apa yang penting kita kena bersangka baik. Jangan terburu-buru menghukum dan membuat keputusan.

Video yang dimuat naik oleh portal berita online, Suara.TV itu telah dikongsi sebanyak 1,852 di laman facebook.

"Solat jenis apakah ini? Nak kata syiah, macam bukan. wahabi jauh sekali. Mohon bahagian Dakwah, JAKIM dan Unit Dakwah JAKIM Malaysia pantau, siasat dan ambil tindakan ! Sebarkan." - Suara.TV.

Penyebaran video itu mengundang banyak komen-komen negatif dari pengguna facebook. Sehingga ada yang menganggap gerakan lelaki itu tidak ubah seperti berjoget atau bersilat. Ada segelintir pula menjadikan ia sebagai bahan ketawa.

Bagaimanapun, seorang individu bernama Jug Cue tampil menjelaskan keadaan yang sebenar menimpa lelaki itu.

"Abang ini ada masalah mental sikit. Dia tidur di masjid. Keluarga tak tahu kat mana. Haritu makan dan minum dia, kitaorang jaga, di Masjid Taming Jaya, Balakong.

"Tabiat dia pergerakan tu, itu antara dia dengan Allah".

"Tiap-tiap selepas sembahyang, dia mengaji. Muhasabah diri kita dulu. Nama dia Sudirman, berasal dari Sabah. Famili ada di Selangor tapi tak tahu kat mana.

Baju hanya ada dua helai, koko dan jubah putih. "Kalau jumpa, tolonglah derma kat dia. Kali terakhir kami bawa dia, Masjid Sri Petaling." kata Jug.

Solat jenis apakah ini? Nak kata syiah, macam bukan.. wahibi jauh sekali... Mohon Bahagian Dakwah, JAKIM Unit Dakwah JAKIM Malaysia pantau, siasat dan ambil tindakan!Sebarkan.
Posted by Suara.TV on Sunday, March 29, 2015
Sumber : http://www.ohdunia.my/

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PENJELASAN : Kisah Sebenar Lelaki Ini Solat Dengan Gaya Bersilat Yang Perlu Anda Tahu (VIDEO)"

Post a Comment