PILU.. Itulah yang dapat dilihat melalui luahan hati seorang yang
dipanggil ibu apabila anaknya seolah-olah dihina dan diejek kerana
mempunyai tahi lalat di tengah-tengah dahi.
Menerusi luahannya di laman sosial instagram, seawal usia anaknya
sehari, hatinya seperti ditoreh kerana ada individu-individu yang
persoalkan ciptaan Allah itu.
Apa hak mereka untuk persoal dan menyindir sehingga mendakwa ‘tanda’ tersebut membawa sial?
Setajam-tajam pisau, tajam lagi lidah manusia!
Bak kata orang, jika tiada benda yang baik untuk berbicara lebih baik diamkan diri.
Menyatakan kasih sayangnya terhadap anak kecil itu melebihi segalanya walaupun sering dijadikan bahan kutukan.
Ibu kepada anak kecil ini memuat naik status berkenaan sempena ulang tahun yang ke-3 anaknya itu.
Ingatlah setiap anak itu merupakan anugerah daripada Allah, jangan kita pertikai dan menghina.
0 Response to "Sedih.. Luahan Hati Ibu Apabila Anak Dihina Kerana Tahi Lalat"
Post a Comment